Wednesday, 5 June 2019

Tebu Hitam

Akar pokok tebu hitam direbus bersama dengan batangnya.4
Air rebusan ini diminum pada waktu pagi dan malam untuk meredakan jantung berdebar.

Menurunkan kadar kolestrol terutamanya dijantung dan darah dalam badan Ia juga dapat menaikkan tekanan darah rendah. 

Batang tebu hitam diperah dan ambil airnya diminum.

Tebu hitam juga bersifat panas dan basah mahupun meredakan batuk dan membersihkan lendir jika diproses dengan membuang hampasnya.

Tebu hitam yang dibakar dan perah airnya boleh membuang gangguan tekak, dada dan merawat batuk.

Minum air rebusan tebu ini dua kali sehari pagi dan malam.  Diminum sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.

Untuk mendapatkan hasil yang mujarab amalkan meminum rebusan tebu hitam ini selama sebulan...

Selamat Menchoba...
Kredit ->> https://t.me/PetuaDanKesihatan

Tuesday, 4 June 2019




Selamat Menchoba...
Kredit ->> https://t.me/PetuaDanKesihatan

Monday, 3 June 2019

JINTAN HITAM

Hancurkan batu karang yang terbentuk dan menyumbat kedua ginjal dan saluran kencing.  Ditumbuk halus lalu diadunkan dengan campuran madu, kemudian minum dengan air panas.

Mengubati kulit bersisik dan ketuat. Dibuat minyak.

Menyembuhkan dan mengatasi derita selsema ditumbuk halus di bungkus di dalam potongan kain kemudian dihidu pesakit selesema.

Mengatasi Sesak nafas di minum jintan hitam dengan air.

Menghilangkan gejala-gejala awal munculnya air di mata dititiskan ke hidung pesakit dalam bentuk serbuk.

Dibuat tampalan dengan campuran cuka merawat jerawat dan kudis yang sudah bernanah,  juga melebur tumor-tumor angkut serta tumor-tumor kritikal.

Menyembuh kusta, sejenis penyakit kulit dan kepala yang berkelemumur ditumbuk jintan hitam dengan cuka lalu disapukan pada bahagian tubuh.                    

Selamat Menchoba...
Kredit ->> https://t.me/PetuaDanKesihatan

Sunday, 2 June 2019

Hilangkan sakit kepala tanpa ubat tahan sakit

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

Ubat tahan sakit bukan cara yang terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
Sumber: Asyraf Roslan Astro Awani


😫SAKIT kepala atau migrain bukan sesuatu yang menyenangkan. Bukan sahaja ia boleh menganggu tugas seharian, malah boleh membuatkan kita hilang selera makan dan juga meningkatkan tekanan.

💆Selalunya apabila mengalami sakit kepala atau migrain, benda pertama yang selalunya kita cari ialah ubat tahan sakit.💊

💡Namun tahukah anda, sakit kepala yang ringan boleh dikurangkan tanpa ubat tahan sakit?

Ini lima petua alternatif untuk mengurangkan gejala sakit kepala:


💜Limau Kasturi💜

Ini merupakan petua orang lama. Apa yang anda perlu lakukan ialah ambil limau kasturi yang sudah dibelah dah perahkan limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya.

Kemudian kulit limau kasturi yang telah diperah itu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air bersih dan direndam buat seketika.

Kemudian tuangkan air itu ke atas kepala dan badan selepas selesai meramas air perahan limau tersebut.


💙Ais💙

Ais juga boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala. Anda hanya perlu gunakan pek ais atau sekiranya tiada, gunakan sahaja ais yang dibalut dengan kain, dan anda gosokkan di leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di kepala anda.

💚Rehatkan Diri💚

Kalau anda rasa stres semasa kerja , apa kata anda rehatkan diri dahulu. Berehat lima ke 15 minit, ambil masa ini untuk minum air atau dengar lagu-lagu yang boleh membuat minda anda berehat seketika. Atau ambil masa selama 30 minit untuk tidur seketika, walaupun hanya 30 minit ia mampu memberikan kesegaran kepada badan anda dan bekerja seperti biasa.


💛Rendam kaki dalam air panas💛

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.

Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar!

❤Kurangkan MSG❤

Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron. Jadi kurangkan pengambilan MSG  dalam makanan juga mampu mengelakkan anda dari sakit kepala dan migrane .


☝Jangan lupa juga untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan minum air masak mengikut keperluan badan anda setiap hari.

Ini merupakan cadangan kepada anda untuk mengurangkan sakit kepala atau migrane, tetapi sekiranya sakit kepala anda masih lagi teruk , jangan lupa untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dari mereka.

Selamat Mencuba🌹
Kredit ->> https://t.me/PetuaDanKesihatan

Saturday, 1 June 2019

Cara Mudah hilangkan Dakwat Pen Yang Terkena Pada Baju

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kapur Sirih
2. Garam halus
3. Cuka


Cara-caranya:

1. Satukan sedikit kapur sirih, garam halus dan cuka

2. Sapukan pada bahaguan yang terkena dakwat

3. Berus atau gosok perlahan-lahan lalu bilas dengan air bersih

4. Ulang langkah ketiga beberapa kali sehingga kesan dakwat itu hilang

Selamat mencuba!

Friday, 31 May 2019

BARLI

Siapa yang suka minum air barli ni memang untung benar. Mana taknya, dah la sedap banyak pulak khasiat. Ni maria share antara khasiat barli yang wow.

1. Rendahkan kolestrol dalam darah.
Serat kat barli ni berkesan rendahkan kolestrol dalam darah. Serat yang tak mudah larut dalam barli ni pulak pastikan usus kita dapat berfungsi dengan sihat.

2. Kurangkan risiko sakit barah dan jantung.
Barli ni kan, ada antioksida semulajadi yang bantu neutralkan radikal bebas dan boleh kurangkan risiko dapat sakit barah dan jantung.

3. Bantu sistem penghadaman.
Lawaskan kencing, tingkatkan kesihatan buah pinggang dan bantu sistem penghadaman. Perghhh bagusnya lak aiiii....

Nak buat pun senang. Dua genggam barli, basuh pastu rebus selama 45 minit. Tapis dan minum suam suam tiap pagi. Nak minum air barli lepas minum cannella, lagi bagus👍🏻

Sila share jadi dapat kita sebarkan manfaat barli, pastu follow Koleksi Resepi & Petua Pilihan untuk lebih banyak petua yang best best😉

Kredit : Maria Bentoli

Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

1. Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala

Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat.Untuk rawatan di bahagian kepala, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

2. Untuk Rawatan Bahagian Badan

Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga.

Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

3. Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah

Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

4.  Untuk Rawatan Bahagian Bawah

Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

Tip Ini Penting !

Penyakit ini datang sebab adanya suhu panas dan sejuk. Bila kita sakit, majoriti suhu badan akan meningkat. Ketahanan badan pula menurun.

Macam mana nak tahu sama ada badan kita sedang panas atau sejuk. Check cuping telinga. Kalau cuping telinga sejuk bermakna badan kita tengah panas dan kalau cuping telinga panas, bermakna badan anda sejuk.

Sebab itu, campuran air dan madu pun kena betul. Untuk dapatkan madu yang panas, kena tuang air dulu dalam gelas baru letak madu. 

Manakala untuk dapatkan madu sejuk, letak madu dulu dalam gelas barulah tuang air.

• Jika Badan Panas

Cara minum madu ->  madu dulu dalam gelas baru campur air = madu sejuk

Dan bila diminum dengan cara ini ia akan sejukkan badan.

• Jika Badan Sejuk

Ini cara minum madu ->  tuang air dulu dalam gelas baru campur madu = madu panas

Selepas minum madu, jangan makan campuran ikan dengan susu. Elakkan makan ikan dengan daging. Ini yang dikatakan laut jangan bertemu darat. Tak bagus untuk perut.

Madu mentah ini boleh ‘boost’ energi seseorang. Jika mahu memandu jarak jauh katakan pukul 4 petang nak bergerak, jam 8 pagi dah kena minum.

Jangan letak madu di tempat yang akan mengubah molekul madu. Dalam peti ais misalnya.

Madu juga boleh jadi ubat mata yang mujarab. Campurkan dengan air hujan dan titiskan di mata. Nanti akan ada rasa pedih. Titikkan antara waktu selepas subuh dan sebelum dhuha. Kenapa ikut prinsip minum madu yang dinyatakan di atas untuk rawatan di bahagian kepala.

Kalau tidak ikut waktu yang tepat, ia menghilangkan rasa sakit tapi tidak menghilangkan penyakit.

Kredit: Dr Hisham Hashim