Sunday, 26 March 2017

Khasiat Buah Rambutan

1. Akar

Air rebusan boleh diminum untuk rawatan demam panas.

2. Buah

Kulitnya dikeringkan sebelum direbus untuk digunakan sebagai ubat herba. Minum untuk rawatan demam panas, mengeluarkan angin dalam perut dan megecutkan tisu.

3. Daun

Ditumbuk sehingga lumat dan dijadikan ubat pupuk untuk sakit kepala.

4. Kayu

Air rebusan kulitnya disapu pada lidah yang mempunyai penyakit.

Friday, 24 March 2017

Amalankan Ayat 1->5 Surah Taha



Amalkan ayat 1-5 Surah Taha sebagai doa untuk melembutkan hati suami/isteri/anak yang degil dan tidak mahu solat.

Baca seeloknya 3 kali. Kemudian hembuskan ke muka mereka yang sedang tidur nyenyak.

Lakukan sekurang-kurangnya tujuh kali seminggu. InshaaAllah, boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri.


Wednesday, 22 March 2017

Petua Untuk Menghilangkan Sakit Kaki



Jika anda terasa sakit di bahagian kaki seperti lenguh lutut, sakit tumit, lenguh-lenguh kaki sebelah samaada bahagian kanan atau kiri atau sebagainya, biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana, mengikut orang tua-tua dulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar.

Monday, 20 March 2017

Rawatan Tradisional Untuk Mengeluarkan Kahak Bayi



Bawang Putih

Bawang putih adalah antara makanan anti-bakteria yang sangat baik untuk membunuh sel-sel bakteria. Kalau anak kita yang sakit tu masih menyusu, ibu bolehlah makan bawang putih (letak lebih sedikit dalam masakan ataupun makan begitu sahaja bagi siapa yang berani ). Sel bawang putih itu akan menjadi sebahagian dari susu dan membantu untuk membunuh kuman.

Ibu boleh juga membuat minyak bawang putih untuk disapu pada dada, belakang, dan betis baby minyak bawang putih

Cara-cara membuat minyak bawang putih

1. Ambil seulas bawang putih dan bakar atas api sehingga terbuka kulitnya. Jangan sampai hangus ye.

Cincang halus bawang putih tersebut dan masukkan ke dalam bekas kecil. Cari bekas yang bertutup supaya boleh simpan lama.

2. Masukkan minyak zaitun (kalau takde, minyak masak pun boleh yang belum guna pun boleh) ke dalam bekas yang mempunyai bawang putih.

3. Ramas minyak bersama bawang putih sehingga minyak tu pun berbau bawang putih.

Sapukan pada bayi dengan kerap di bahagian dada, belakang, dan betis.

Selamat mencuba....


Sunday, 19 March 2017

Perut Kempis Milik Anda



Hanya minum air timun sebelum tidur, perut kempis jadi milik anda!
Bole cuba ni!

Bahan-bahan:
♥♥♥♥♥♥
1/2 biji lemon
1 biji timun
Segenggam daun parsley
1 sudu kecil halia diparut
1/3 air masak

Cara sedia dan cara minum:
⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡
Campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan.

🔥Minum setiap malam sebelum tidur.
🔥Hasilnya sangat menakjubkan.
🔥Cubalah!

In-Sha Allah... 

Saturday, 18 March 2017

Toksin Pada Hati Ayam


Kita diajar kalau nak tambah darah kita kena makan hati lembu dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat tinggi . Tetapi Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut cara kafir ke nak ikut cara Nabi Muhammad SAW ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat islam.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:

- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul-Nya saja yang mengetahui dengan tepat. Waallahualam...

Thursday, 16 March 2017

Beras Melembutkan Babat


Babat atau kebanyakkan orang menyebutnya sebagai perut lembut sangatlah keras dan pejal walaupun dimasak berjam-jam lamanya. Tetapi rasanya sangat sedap bila ianya lembut dan empuk.

Jika anda mahukan babat dimasak dengan cepat, masaklah ia bersama segengam beras. Anda hanya merebusnya dalam masa setengah jam sahaja untuk melembutkan babat.

Wednesday, 15 March 2017

Mengurangkan Bulu Lebat

Bulu lebat di ketiak memang merisaukan, terutama di waktu cuaca panas. Jika anda mahu mengurangkan bulu yang lebat, anda hanya perlu mencari sebiji buah kundur yang sudah masak.

Cara-caranya:

Buah kundur diambil bedak putih yang terdapat diluar kulitnya. Sapukanlah ia pada bahagian ketiak. Amalkan dua atau 3 kali seminggu. Insya_Allah hasilnya pasti membanggakan.


Tuesday, 14 March 2017

Cegah Stretchmark Di Perut


Kata orang pencegahan awal lebih baik daripada rawatan selepas masalah berlaku. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan rekahan namun lebih baik anda mengelakkan ia daripada berlaku.

Antara langkah awal yang boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan rekahan adalah:

1.      Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit   daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.

2.      Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.

3.      Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.

4.      Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air..

Monday, 13 March 2017

Petua Mencegah Cacing Kerawit

Biasanya kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun akan dijangkiti cacing kerawit. Bahagian duburnya terasa gatal dan keluar cacing. Setengahnya merasa ketakutan ketika hendak berak kerana keluar cacing yang besar dan panjang. Pesakit tidak berselera makan dan selalu menangis. Badanya kurus, lemah dan wajah mukanya pucat. Daun Jarak Pagar merupakan tumbuhan alam yang boleh mencegah masalah cacing kerawit.

Cara-caranya ialah:

Beberapa helai daun jarak pagar dan dipanggang sehingga rapuh. Kemudian ramas-ramas dan direbus sehingga mendidih. Setelah panas suam, berilah minum untuk kanak-kanak itu. Bila dia membuang air besar, semua cacing kerawit akan keluar berserta sarangnya.

Tanda-tanda jangkitan cacing pada kanak-kanak:
♥Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

♥Alahan kulit yang teruk → bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam

♥Gatal sekitar lubang najis (dubur)

♥Alahan terhadap makanan Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit

♥Anemia → kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)

♥Keletihan luar biasa→ lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam, tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada, mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)

♥Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata

♥Hiperaktif

♥Sakit kepala

♥Sensitif terhadap cahaya

♥Gusi & hidung berdarah

♥Batuk-batuk teruk yang berpanjangan

♥Batuk berdarah, asthma

♥Kurang selera makan

♥Abdomen yang kembung

Cacing-cacing ini akan mengambil zat nutrien makanan yang di serap ketika makan dan menyebabkan tubuh kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan.

Inilah yang menyebabkan kanak-kanak cepat menjadi penat dan perkembangan fizikal mereka terganggu.

Sunday, 12 March 2017

Petua Putihkan Ketiak dan Hilangkan Bau Badan


Antara cara-caranya untuk mengembalikan keputihan ketiak seperti sediakala:

1. Ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi. Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu. Kemudian gosok ketiak, seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Anda akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.

Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan. InsyaAllah.

2. Cuci ketiak anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari, setelah itu basuh bersih dengan menggunakan air suam.

3. Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dengan menggunakan span ataupun kapas. 


Saturday, 11 March 2017

Petua Menghilangkan Parut Jerawat



Kayu manis tersebut hendaklah di tumbuk halus sehingga menjadi serbuk. 

Serbuk tersebut kemudiannya disapukan ke muka. 

Biarkan sehingga 5 hingga 30 minit. 

Kemudian bilas dengan air. 

Amalkan 2 kali atau 3 kali sehari. 

Insha-Allah parut dan kesan hitam akan hilang. 

* Kayu manis bukan sahaja dapat menanggalkan parut jerawat malah parut lain juga. Untuk medapatkan hasil yang lebih ketara, amalkan sekerap yang mungkin. 


Friday, 10 March 2017

Petua Membuat Masker Untuk PELEMBAB MUKA


Bahan²:
2 sudu madu
1 sudu susu serbuk (cth ducthlady, dugro)

Cara Membuat:

Campurkan madu dan serbuk susu itu dan gaulkan. 

Ratakan secara merata pada wajah dan leher.

Biarkan selama 10 minit, lalu bilas dengan air suam.

Amalkan 2 kali seminggu. 

Thursday, 9 March 2017

Petua Menghilangkan Tahi Lalat



Caranya ialah dengan mengambil nenas dan limau purut [bersama kulit atau tidak] yang telah dikisar (tidak terlalu larut).

Sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut.

Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. 

Amalkannya selalu.

Insha-allah akan mendapat hasilnya. 

Selamat mencuba!! 


Wednesday, 8 March 2017

Awet Muda Durian Belanda



Pokok durian belanda banyak ditanam di Amerika Selatan, Hindia Barat dan Bahama. Buah sukulen ini boleh dimakan mentah atau dibuat jus.  Rasanya yang masam manis menjadikan durian belanda buah atau jus yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca tropika yang panas di negara kita.

Satu kelebihan buah durian belanda dari segi pemakanan ialah kandungan seratnya yang tinggi. Hidangan 1 cawan durian belanda membekalkan 7 gram serat. Ini bersamaan 1/3 serat yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, anda boleh memasukkan durian belanda dalam senarai bahan keperluan apabila anda membeli-belah. Satu cawan durian belanda membekalkan lebih 600mg kalium, iaitu zat galian yang mengimbangkan kenaikan tekanan darah disebabkan natrium. Kalium juga membantu mencegah kekejangan otot, dan kerana itu juga ianya baik untuk dijadikan snek sebelum bersenam bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Hidangan secawan durian belanda membekalkan separuh (50%) daripada pengambilan vitamin C yang disyorkan untuk orang dewasa.  Pengambilan vitamin C secukupnya dalam diet membantu pengeluaran kolagen kulit bagi mengekalkan keanjalan kulit.  Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah durian belanda adalah cara semula jadi untuk awet muda.

 Idea untuk jus --->>> Isi durian belanda + buah belimbing + pear Cina


Tuesday, 7 March 2017

Petua Mengubat Penyakit Gastrik Dengan Kunyit Hidup



Dapatkan seketul kunyit hidup. 

Bersihkan kunyit dan parut atau kisar. 

Campurkan dengan sedikit air masak dan tapis ambil airnya. 

Masukkan sedikit madu dan jika suka masukkan sebiji telur kuning. 

Minum campuran ini bila terasa sakit. 


Monday, 6 March 2017

Petua Mengurangkan Bengkak di Kaki


Sebelum tidur, sapu bahagian kaki yang bengkak dengan minyak angin. 

Kemudian ambil 2 helai daun tembaga suasa, layurkan atas api kecil hingga bergetah dan tekap pada bahagian kaki yang bengkak. 

Biarkan semalaman. 
Mudah-mudahan bengkak akan lega. 


Sunday, 5 March 2017

Petua untuk membuang jeragat dari muka




Kisar timun bersama air (agak² muat penuh botol). Kalau botol kecil, timun boleh dipotong 2. 

Tapis timun yang sudah siap dikisar tadi.

Selesai ditapis, letak limau nipis (khas untuk mereka yang mempunyai jeragat).

Untuk kulit yang normal, cukup sekadar timun sahaja tanpa limau nipis.

Nak best lagi, letak dlm peti sejuk. Nanti spray memang rasa segar.

Semoga bermanfaat buat anda...


Saturday, 4 March 2017

Petua Menghalau Kelawar



Kalau ikut petua lama, untuk menghalau kelawar yang banyak terdapat di 

kawasan rumah ialah dengan membakar belerang. Bakar belerang tu sehingga

mengeluarkan bau busuk. InsyaAllah tak lama lepas tu kelawar-kelawar 

tersebut akan bertempiaran lari. 

Thursday, 2 March 2017

Petua Membersihkan Siput Sedut



Ambil satu bekas hampas kelapa dan gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu.

Biarkan semalaman.

Keesokkan harinya, mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak.

Bau lumpur akan hilang dari siput dan rasa lemaknya juga akan bertambah apabila dimasak. 


Petua Menghindarkan Lipas



Jangan kata anda tidak pernah 'terserempak' serangga ini di mana-mana ruang dalam rumah. Kehadirannya perlu dibenteras awal. Cara mudah menghindari lipas di dalam kabinet atau mana-mana ruang tersembunyi yang mungkin menjadi tempat kegemaran lipas. 

1. Carikkan beberapa helai daun pandan dan letakkan dalam kabinet dapur atau almari, laci dan sbgainya. 

2. Racik daun pandan menjadi bunga rampai dan letakkan ke dalam almari pakaian.

3. Bukan sahaja almari tidak dikunjungi lipas malah pandan mampu mengharumkan kabinet atau almari anda itu. 


Wednesday, 1 March 2017

Petua Untuk Mencantikan Wajah


1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari.

2. Giling cekur sampai lumat.

3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk.

4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda.

5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit.

6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran.

7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam.

8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.