Monday, 4 December 2017

​PETUA MENGELAKKAN MULUT BERBAU​

Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat.
Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati.
Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.
Amalkan setiap hari.
Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.

Friday, 1 December 2017

​4 Air Rebusan Elok Untuk Kesihatan

Ramai dikalangan kita mengambil ubat sampingan yang salah. Ada yang memudaratkan diri sendiri. Apa kata anda guna cara biasa. Bukan sahaja mudah malah, tidak perlu membayar mahal. Paling penting ia elok untuk kesihatan dan kecantikkan.
​1. Rebusan Serai dan Halia​
Anda hanya perlukan tiga batang serai dan 4cm halia. Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Kemudian anda rebus di dalam periuk dengan tiga gelas air. Diingatkan guna air yang sudah ditapis. Bukan air paip mahupun air yang telah dimasak. Anda amalkan 2 atau 3 kali seminggu. Rebusan ini elok bagi anda yang letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat. Disyorkan minum selepas makan iaitu waktu siang.
​2. Rebusan Sireh​
Gunakan tiga atau lima helai daun sireh. Rebuskan didalam periuk juga dengan tiga gelas air yang telah ditapis. Minum ketika air tersebut suam. Anda boleh tambah bunga cengkih tiga kuntum dan sedikit serbuk kayu manis. Ini dapat menghilangkan bau badan dan pulihkan segala urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap hari selama sepuluh hari.
​3. Rebusan Sireh dan Daun Inai​
Guna tiga atau ke lima helai daun sireh dan segenggam daun Inai. Seperti biasa rebus di dalam periuk dengan menggunakan tiga gelas air yang sudah ditapis. Minum apabila sudah suam. Rebusan ini sesuai bagi wanita yang mengalami peputihan dan banyak lendiran yang berbau. Elok diamalkan selepas haid.
​4. Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit​
Anda perlu ketuk dua atau tiga batang serai. 3cm halia dan 2cm kunyit juga diketuk. Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih atau bunga lawang, sehelai daun pandan dan sedikit madu susu. Diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Sebulan sekali. Ini untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan anda. Amalan berkhasiat ini juga bagus untuk penjagaan kesihataan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman adan, segarkan urat saraf serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh.
Selamat mencuba!

Tuesday, 28 November 2017

Petua untuk sakit gatal-gatal badan, terkena ulat bulu dan bisul

Kadang-kadang kulit kita sensitif. Berubat di klinik tak juga sembuh, makin menjadi sakitnya. Terutama gatal-gatal, terkena ulat bulu dan bisul.
Ini dia petua untuk sakit gatal-gatal badan, terkena ulat bulu dan bisul...
Ambil seketul gambir dan santan pekat. Kalau boleh beli yang dah siap dikotakkan di kedai.
Tumbuk gambir sehingga hancur. Letak santan di bekas dan campurkan dengan gambir yang hancur tadi.
Sapu pada badan yang terkena sakit tersebut. Bakinya simpan di dalam peti ais untuk ulangan.
Insha-ALLAH dalam masa 3-7 hari akan beransur sembuh.

Saturday, 25 November 2017

10 Petua Menggunakan Limau Nipis dan Limau Kasturi

1. Ubat Kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
2. Ubat Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3. Ubat Ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4. Ubat Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5. Ubat Lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6.  Ubat Batuk
Campurkan limau, kicap, dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam, batuk akan beransur pulih.
7. Ubat Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8. Bahan Hilangkan Kesan Minyak Pada Baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas digosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak itu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9. Ubat Wangi Rambut
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.
10. Bahan Kilatkan Cermin Mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci dan gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas sebersihnya kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata nampak jelas dan tahan lebih lama.

Wednesday, 22 November 2017

Khasiat Halia Untuk Kesihatan

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
4. Pencegahan Demam dan Selesema
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin.
6. Mencegah Barah Usus
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
9. Rawatan Kanser ovari
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
11. Mengurangkan Morning Sickness
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

Sunday, 19 November 2017

5 Petua Luka Bersalin Cepat Sembuh.....Wajib Buat!

Siapa yang boleh duduk selesa bila luka bersalin masih tidak sembuh. Hendak duduk salah, hendak berdiri pun tak selesa. Pendek kata buat apa pun serba tak selesa.
Selain makan ubat yang dibekalkan oleh doktor, ibu-ibu boleh juga mencuba petua tradisional yang diajarkan oleh nenek moyang sejak zaman berzaman.
Jangan risau, kerana kebanyakan petua tradisional ini dipercayai membantu menyembuhkan luka dengan cepat dan selamat diamalkan.
Petua #1 : Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh.
Petua #2 : Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup.
Petua #3 : Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka.
Petua #4 : Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas (suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.
Petua #5 : Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.
Selamat mencuba!

Thursday, 16 November 2017

TIPS HILANGKAN KAHAK BAYI

1) Air kelapa Minum air kelapa yang original, yang tanpa gula. Nanti kahak keluar melalui hingus atau najis.
2) Madu Guna madu asli.
Contoh -> madu El-Ejib
Cara : 1sudu madu + 1biji limau nipis + air..
Kalau bayi,,,,,madu + air..
Guna air zam-zam ( ada molekul penyembuhan ) atau air musoffa
3) Teknik tepuk @ percussion
4) Gas nebulizer
Untuk cairkan kahak. Kahak akan keluar melalui najis.
5) Rawatan hemeopati / Ubat hemeopati
6) 2 ulas bawang putih + minyak masak Cara : -bawang putih dibakar hingga lembut -lenyekkan + cikit minyak masak -lulur ke leher, dada, belakang baby
7) Daun kaduk + kapur + air
Cara : - daun kaduk + kapur + air di ramas-ramas
Lulur ke dada, leher, belakang bayi
8) Thermal steam therapy - duduk dekat air humidifier beberapa minit atau letak muka over mangkuk air panas ** Jika bayi hidung tersumbat boleh ambil ibu kunyit, sapu di batang hidung sampai ke dahi secara menegak
# HINGUS / KAHAK JERNIH = DIJANGKITI VIRUS
# JIKA HIJAU = DIJANGKITI BAKTERIA
# JIKA KUNING = DIJANGKITI BAKTERIA @ VIRUS.
MENGENAL BATUK KAHAK:
KAHAK JERNIH = BADAN SEJUK = DIRAWAT DGN MADU, BUAH DELIMA & KENA MAKAN MAKANAN BERSIFAT PANAS
KAHAK PEKAT / KUNING / HIJAU = BADAN PANAS = DI RAWAT DGN BARLI @ AIR ASAM JAWA & KENA MAKAN MAKANAN BERSIFAT SEJUK

Sunday, 5 November 2017

6 Kesilapan Ketika Membancuh Susu Formula yang Wajib Kita Tahu

Mengenai penyediaan susu formula sebenarnya tidak boleh dipandang remeh kerana jika tersalah langkah mungkin nutrisi-nutrisi yang terkandung didalam susu akan hilang. Jadi seperti sia-sia sahaja kalau kita beli susu yang mahal tetapi langkah penyediaan pula kita salah. jadi penting tau cara penyediaan ini.

Daripada survey dari rakan-rakan terdekat saya, ramai yang lakukan langkah-langkah ini :-

1) letak susu yang telah di sukat ke dalam botol susu
2) Tuangkan air panas
3) Goncangkan sampai sebati
4) Baru letak air masak
5) Goncang sehingga sebati lagi
6) Rasa suhu sebelum diberi minum.

Sebenarnya langkah-langkah di atas adalah salah!.Kenapa ?

1) Air panas yang baru lepas di masak dan suhunya atas 70 celcius tidak boleh dituangkan dahulu, ini kerana akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu anak-anak kita.

2) Air yang terlampau panas akan bertindak balas dengan botol susu anak kita, jika botol bukan free BPA lagi merisaukan kerana takut pengewapan akan membebaskan bahan kimia ( material botol susu) itu.

Sebelum ini, saya juga tidak tahu mengenai ini sehingga saya terbaca di facebook mengenai pertanyaan penyediaan susu formula. Jadi sama-samalah kita amalkan penyediaan susu formula anak-anak kita dengan betul supaya nutrisi-nutrisi dapat diserap dengan elok.

Langkah-langkah yang betul untuk penyediaan susu si manja :-

1) Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.

2) Lepas itu baru tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam

Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz

3) Tambahkan susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.

4) Tutup botol dan goncangkan sehingga larut dan sebati.

5) Uji suhu dengan menunggangkan botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas.

Pantang Larang Bagi Ibu Yang Bersalin

Jenis makanan yang tak boleh dimakan oleh ibu berpantang :-

🐟Ikan kembung - gatal
🐟Ikan cencaru - tajam
🐟Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan
🐟Ikan sardin - gatal
🐟Semua makanan dalam tin - tinggi garam, angin dan bisa

🌱Sayur kangkung - sejuk dan angin
🌱Timun - sejuk
🌱Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan
🌱Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan
🌱Kacang tanah - angin
🌱Telur - gatal. Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah
🌱Santan - sejuk dan angin

Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:-

🐟Ikan haruan
🐟Ikan selar
🐟Ikan gelama
🐟Ikan merah
🐟Daging

🌱Sayur sawi
🌱Sayur carrot
🌱Sayur brokoli
🌱Buah oren manis
🌱Kismis
🌱Kurma
🌱Madu
🌱Habbatussauda'
🌱Susu kambing
🌱Halia
🌱Bawang putih
🌱Lada hitam
🌱Ulam pegaga

Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng.

Jenis masakan paling disyorkan :-
🌸Sup
🌸Bakar atau rebus

Jenis minuman disyorkan :-
🍊Jus oren manis - bagus untuk luka
☕Air milo panas
☕Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
☕Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
🍀Air rebusan kunyit

🐝Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yg bersalin normal
Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun.

🐝Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana. Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber.

🐝Kerapkan minum air, minum air tidak menyebabkan miss v kita basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air, anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas🍼👶.

👉"Selamat Berpantang "
😊

Friday, 3 November 2017

Tips tradisional


◾ ​Ari-ari Pedih​

Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

◾ ​Asma​

Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

◾ ​Barah​

Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

◾ ​Batuk Lelah​

Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

via@petuabonda

Monday, 30 October 2017

Pemusnah Sel Kanser

1. Lemon panas membunuh sel kanser.

2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas,boleh menjadi air alkaline.

3. Bermafaat bagi tubuh,diminum tiap har sangat bermanfaat bagi siapa sahaja.

4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yang terasa pahit,menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.

5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.

6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru boleh muncul Lycopene yang bermanfaat.

7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.

8. Lemon Extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.

9. Citric Acid dan C Polifenol yang terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah,menyesuaikan sirkulasi darah,mengurangi penggumpalan darah.

Tuesday, 5 September 2017

Khasiat sawi langit



Anda pasti tidak menyangka, pokok liar di tepi rumah kita adalah herba kepada penyakit denggi.

Saya tidak tahu nama pokok ini. Baik nama kampung,atau nama saintifiknya, memang saya tidak tahu. Kenal dah lama. Zaman kecik² dulu, selalu kutip dan buat main masak².

Rupanya pokok ini mustajab..
Ketika mama diserang denggi, ada auntie katil sebelah selalu minum air hijau, katanya ubatan herba. Satu hari, anak lelakinya bawa pokok ini kepada mama dan bagitahu mama, kaum cina selalu guna pokok ini sebagai rawatan denggi.

Tujuannya untuk naikkan platlet pesakit. Kami pun mencuba. Alhamdulillah, sehari selepas mencuba, platlet mama naik, dan esoknya dilepaskan keluar ward.

Ketika suami saya Imran Arif diserang denggi, mama kirimkan sekotak pokok ini yang dikutipnya di tepi rumah memandangkan suami alergi kepada ketam. Alhamdulillah, denggi suami juga pantas kesembuhannya.

Di kesempatan ini, saya share ilmu yg kami dapati dari auntie dan keluarganya. Kita berusaha, Allah juga yg berkuasa untuk memberi kesembuhan, InsyaAllah.

Cara makan: 
1. Kisar pokok ini yg dipotong sehingga akar umbi dengan brown sugar.
2. Kemudian tapis, dan minum.
[KEMASKINI]: Pokok ini dikenali dengan sawi langit (Vernonia cinerea) 


Monday, 4 September 2017

​10 punca buah pinggang rosak!​

Jagalah buah pinggang masing-masing ye...

​10 punca buah pinggang rosak!​

​TIDAK MINUM AIR YANG CUKUP​ 
Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis  darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh.

​DIET TINGGI GARAM (SODIUM)​
Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. PERATURAN PENTING yang perlu diingat ialah, ​MAKAN TIDAK LEBIH DARIPADA 5 GRAM GARAM SEHARI​.

​SELALU BERTANGGUH MEMBUANG AIR KECIL (MENAHAN KENCING)​ 
Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus Ke tandas jadinya… hahaha). Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.

​PENGAMBILAN GULA BERLEBIHAN​ 
Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. ​Protein = air kencing berbuih​.

​KEKURANGAN VITAMIN DAN MINERAL PENTING​ 
Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang. Vitamin B6 dan magnesium adalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.

​MENGAMBIL SUMBER PROTEIN DARIPADA HAIWAN SECARA BERLEBIHAN​ 
Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

​TIDAK CUKUP TIDUR​
Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan.

​SUKA MINUMAN BERKAFEIN​ 
Bukan hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga turut mengandungi kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan anda. Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

​PENYALAHGUNAAN PIL TAHAN SAKIT (PAINKILLER)​ 
Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

​PENGAMBILAN ALKOHOL​ 
Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.

kredit : petuabonda

Sunday, 3 September 2017

Tolong share....

TOLONG SHARE! Info ini boleh selamatkan nyawa!

Kalau ada kawan² ataupun keluarga yang ada tanda macam ni kat tepi atau belakang sekitar leher, ni bukan kotoran daki.

Ianya keadaan yang dikenali 'Acanthosis Nigricans' yang menunjukan pre-diabetis kencing manis.

Tolong berjumpa doktor dan pastikan tahap kesihatan.

Kalau ia dah dikawal, kesan ini akan hilang.
If you or anyone in your family has a neck that looks like this on the back or the sides, it's not dirt. It's a condition called Acanthosis Nigricans, which is a prediabetic condition. Please see your doctor soon AND decrease the sugar in your diet immediately or you will greatly increase your odds of getting diabetes, some other prediabetic signs are small little skin tags on the neck, once the sugar is under control, those will go away.

PLEASE SHARE!!! This Could Save A Life!!

kredit : petuabonda

Friday, 1 September 2017

Ikan Bawal, Ikan Terubuk dan Ikan Pari


Elakkan 3 jenis ikan: Pari, Bawal hitam & Terubok kerana ia akan mengaktifkan ketumbuhan fibroid. Ikan-ikan ini mengandungi toksik yang tinggi....

kredit : petuabonda

Air Suam

MANFAAT AIR SUAM 👉👉👉

Sekumpulan Doktor Jepun mengesahkan bahawa air suam adalah 💯% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah👇 kesihatan, termasuk:

penyakit sakit kepala, migrain, tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah, sakit sendi, tiba-tiba meningkatkan dan mengurangkan denyutan jantung, epilepsi, tahap peningkatan kolesterol, batuk, rasa tidak selesa badan, sakit Golu, asma, penyakit batuk kokol, penyumbatan pembuluh darah, yang berkaitan dengan rahim & air kencing, masalah perut, kurang selera makan, juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga & tekak.

CARA PENGGUNAAN AIR SUAM 👉👉

Bangunlah pagi-pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam ketika perut kosong. Jangan makan apa-apa 45 minit selepas itu.

Anda mungkin tidak dapat meminum 4 gelas pada awalnya, tetapi perlahan-lahan anda akan dapat melakukannya.✍

Terapi air suam akan menyelesaikan isu-isu kesihatan dalam tempoh yang sewajarnya: 👇

👉 Diabetes dalam 30 hari
👉 Tekanan darah dalam masa 30 hari
👉 isu-isu yang berkaitan perut dalam masa 10 hari
👉 Semua jenis kanser dalam 9 bulan
👉 Urat tersumbat dalam 6 bulan
👉 Kurang selera makan. Dalam tempoh 10 hari
👉 Rahim dan penyakit yang berkaitan dalam tempoh 10 hari
👉 Masalah Hidung, Telinga & Tekak dalam 10 hari.
👉 Masalah Wanita. Dalam masa 15 hari,
👉 penyakit jantung dalam 30 hari
👉 Sakit kepala / Migrain dalam 3 hari
👉 Tekanan darah rendah dalam 30 hari.
👉 Kolesterol dalam 4 bulan
👉 Epilepsi dan lumpuh secara berterusan dalam 9 bulan
👉 Asma dalam 4 bulan.


AIR SEJUK (AIR BATU) TIDAK BAIK UNTUK ANDA:

🌻Dimasa lalu, orang pernah berkata bahawa air sejuk tidak memberi kesan kepada anda pada usia muda, ia akan membahayakan kamu di masa tua kelak👇

👉 Air sejuk menutup 4 urat jantung ♥ dan menyebabkan serangan jantung 💔; Minuman sejuk adalah sebab utama kepada Serangan Jantung.
👉 air sejuk 💦 menimbulkan masalah di dalam hati; menjadikan lemak terperangkap di dalam hati. Kebanyakan orang yang menunggu untuk pemindahan hati adalah mangsa minum air sejuk.
 👉air sejuk memberi kesan kepada dinding dalaman perut.
 👉air sejuk memberi kesan kepada perut dan usus besar dan menyebabkan kanser.

Wallaahu'alam....

Friday, 2 June 2017

PETUA ELAKKAN MASAKAN MELEKAT PADA KUALI


Silalah cuba mana-mana cara berikut



1. Garam

Mula-mula masukkan minyak ke dalam kuali dan kemudian panaskan minyak. Setelah minyak dah cukup panas, sebelum menggoreng samaada ikan, ayam, daging, tauhu dan lain-lain, taburkan sedikit garam ke dalam kuali tersebut. Biarkan beberapa ketika. Kemudian barulah mula menggoreng. Insha-Allah ayam/ikan/daging anda tidak akan melekat lagi di kuali.



2. Asam gelugur

Anda juga boleh masukkan beberapa keping asam gelugor ke dalam minyak panas sebelum memasak. Kesannya, bukan hanya masakan anda tidak melekat pada kuali, tetapi ia juga membuatkan hasil gorengan anda menjadi lebih garing dan enak sekali.


3. Sedikit minyak dan goreng asam jawa

Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan goreng asam jawa dalam minyak panas hingga garing. Kemudian keluarkan asam jawa dan tambahkan minyak dalam kuali. Goreng ikan seperti biasa.


4. Bawang putih

Setelah minyak panas, masuk 2-3 ketul bawang putih ke dalam minyak tadi kemudian baru masukkan ayam/ikan/daging, gerenti tak lekat. Cuba la.


5. Cuka atau limau nipis

Perapkan dengan sedikit cuka atau asam limau nipis, insha-Allah tak lekat dan gorengannya lebih enak dan minyak pun tak terserap dalam masakan.


Tuesday, 30 May 2017

Penjagaan Kulit Muka


🌸🌸CARA JAGA MUKA🌸🌸

Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.

 Tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

🍀1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA

Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.

🍀2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI

Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

🍀3. SERBUK TEH DAN MADU

Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk. Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

🍀4. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU

Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.

🍀5. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN

Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

🍀6. TEH HIJAU (GREEN TEA)

Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.

🍀7. MINYAK SAYURAN

Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

🍀8. SENAMAN MUKA

Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

🍀9. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH

Kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan. Kalau hendak menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.


Wednesday, 12 April 2017

Khasiat Halia Bara



Halia bara sama seperti halia biasa iaitu mempunyai batang yang tegak dengan rizom tersebar secara mendatar. Besar atau kecil saiz rizom bergantung pada jenis halia. Beza antara halia bara dengan halia biasa ialah saiz pokoknya lebih kecil, rizom agak kemerahan, bau lebih kuat, daun berbentuk linear tersusun secara berselang, licin dan berwarna hijau cerah ke hijau gelap.

Secara keseluruhan, sifat halia bara sama seperti halia biasa kecuali saiz, warna rizom, dan bunga serta bau nya yang agak kuat. Halia bara juga kadang-kadang dipanggil dengan nama halia merah, halia udang atau di Indonesia dipanggil Halia Emprit.

Daun halia bara seakan-akan halia biasa atau bonglai.Kaedah penanaman halia bara biasanya daripada rizom yang telah matang dan sihat serta mempunya mata tunas. Ia boleh ditanam atas batas, pasu atau polibeg.

Antara khasiat halia bara adalah seperti berikut :

1. Mengeluarkan angin dari dalam tubuh
2. Menghangatkan badan.
3. Melancarkan penghadaman.
4. Merawat resdung.
5. Melegakan demam.
6. Mengurangkan sengal-sengal otot.
7. Rawatan selepas bersalin.
8. Merawat kesan gatal gigitan serangga.
9. Mampu meningkatkan tenaga batin lelaki.
10.Menghilangkan tompok panau atau kurap.

p/s : Tidak digalakkan minum air rebusan halia bara secara kerap kerana ia boleh merosakkan usus dan menyebabkan pedih ulu hati.


Tuesday, 11 April 2017

Cara Menghilangkan Calar Pada Kereta


Katanya apa jenis Colgate pun boleh. Tak tipu, memang berkesan. Korang boleh cuba. Rasanya ramai dah yang tahu ni...


Monday, 10 April 2017

Tips / Petua Untuk Orang Lelaki


1. Jangan makan nasi berulam air. Adalah lebih baik jika minum setelah selesai makan, iaitu 2 minit selepas suapan terakhir.

2. Kurangkan memakan pisang embun.

3. Jangan kerap minum air batu. Ini akan melemahkan keupayaan tenaga batin.

4. Jangan hembus nafas ketika minum. Cara ini dikatakan dapat membantu daripada cepat penat dan mudah lemah.

5. Jangan pakai seluar ketat semasa di rumah atau semasa tidur.


Sunday, 9 April 2017

Khasiat Pokok Bunga Cina


Sesiapa pernah kena penyakit kayap tentu tahu sakit dan peritnya penyakit ini. Sakit, gatal, miang dan lain². Penawar nya ada di sekeliling kita, iaitu POKOK BUNGA CINA. Pokok ini tumbuh subur di tempat sejuk dan basah seperti tepi longkang, tepi bilik air , belakang rumah dan lain².

Caranya :
1. Ambil beberapa pokok Bunga Cina
2. Ambil segenggam bedak sejuk
3. Campur kedua² bahan di atas dalam lesung / penumbuk.
4. Campur sedikit air dan tumbuk sampai lumat.
5. Sapu di tempat kayap , 3x sehari.
6. Insha-Allah kayap akan hilang dlm beberapa hari.

Selamat mencuba.....


Friday, 7 April 2017

PUNCA UTAMA KULIT MUKA BERMINYAK


1) Kitaran menstruasi bulanan..
~ Setiap bulan badan akan melalui proses penghasilan hormon.. Proses ini dapat mengaktifkan kelenjar minyak.. Sebab itu, asal nak period je, naik jerawat!

2) Stress..
~ Dalam keadaan stress, otak memberi signal " DO OR DIE " dan mengaktifkan hormon dalam badan yang boleh mengaktifkan kelenjar minyak!

3) Cuaca..
~ Cuaca panas & kering akan menyebabkan kulit bertindakbalas dengan merembeskan kelenjar minyak untuk melembapkan muka.. Sentiasa bersedia dengan kelengkapan seperti tisu & sabun muka apabila berada di luar!

4) Penggunaan alat kosmetik..
~ Penggunaan kosmetik mampu menutup kesan cela, jerawat & kulit berminyak.. Namun, jika tidak di cuci dengan betul, sisa lebihan kosmetik akan menutup liang pori yang berminyak & menyebabkan jerawat!


Sunday, 26 March 2017

Khasiat Buah Rambutan

1. Akar

Air rebusan boleh diminum untuk rawatan demam panas.

2. Buah

Kulitnya dikeringkan sebelum direbus untuk digunakan sebagai ubat herba. Minum untuk rawatan demam panas, mengeluarkan angin dalam perut dan megecutkan tisu.

3. Daun

Ditumbuk sehingga lumat dan dijadikan ubat pupuk untuk sakit kepala.

4. Kayu

Air rebusan kulitnya disapu pada lidah yang mempunyai penyakit.

Friday, 24 March 2017

Amalankan Ayat 1->5 Surah Taha



Amalkan ayat 1-5 Surah Taha sebagai doa untuk melembutkan hati suami/isteri/anak yang degil dan tidak mahu solat.

Baca seeloknya 3 kali. Kemudian hembuskan ke muka mereka yang sedang tidur nyenyak.

Lakukan sekurang-kurangnya tujuh kali seminggu. InshaaAllah, boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri.


Wednesday, 22 March 2017

Petua Untuk Menghilangkan Sakit Kaki



Jika anda terasa sakit di bahagian kaki seperti lenguh lutut, sakit tumit, lenguh-lenguh kaki sebelah samaada bahagian kanan atau kiri atau sebagainya, biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana, mengikut orang tua-tua dulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar.

Monday, 20 March 2017

Rawatan Tradisional Untuk Mengeluarkan Kahak Bayi



Bawang Putih

Bawang putih adalah antara makanan anti-bakteria yang sangat baik untuk membunuh sel-sel bakteria. Kalau anak kita yang sakit tu masih menyusu, ibu bolehlah makan bawang putih (letak lebih sedikit dalam masakan ataupun makan begitu sahaja bagi siapa yang berani ). Sel bawang putih itu akan menjadi sebahagian dari susu dan membantu untuk membunuh kuman.

Ibu boleh juga membuat minyak bawang putih untuk disapu pada dada, belakang, dan betis baby minyak bawang putih

Cara-cara membuat minyak bawang putih

1. Ambil seulas bawang putih dan bakar atas api sehingga terbuka kulitnya. Jangan sampai hangus ye.

Cincang halus bawang putih tersebut dan masukkan ke dalam bekas kecil. Cari bekas yang bertutup supaya boleh simpan lama.

2. Masukkan minyak zaitun (kalau takde, minyak masak pun boleh yang belum guna pun boleh) ke dalam bekas yang mempunyai bawang putih.

3. Ramas minyak bersama bawang putih sehingga minyak tu pun berbau bawang putih.

Sapukan pada bayi dengan kerap di bahagian dada, belakang, dan betis.

Selamat mencuba....


Sunday, 19 March 2017

Perut Kempis Milik Anda



Hanya minum air timun sebelum tidur, perut kempis jadi milik anda!
Bole cuba ni!

Bahan-bahan:
♥♥♥♥♥♥
1/2 biji lemon
1 biji timun
Segenggam daun parsley
1 sudu kecil halia diparut
1/3 air masak

Cara sedia dan cara minum:
⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡
Campur semua bahan-bahan dalam pengisar jus dan kisarkan.

🔥Minum setiap malam sebelum tidur.
🔥Hasilnya sangat menakjubkan.
🔥Cubalah!

In-Sha Allah... 

Saturday, 18 March 2017

Toksin Pada Hati Ayam


Kita diajar kalau nak tambah darah kita kena makan hati lembu dan hati ayam. Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat tinggi . Tetapi Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut cara kafir ke nak ikut cara Nabi Muhammad SAW ?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat islam.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:

- Antibiotik tylosin
- Penisilin
- Oxytetracycline
- Kanamycin.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

- Hati
- Paru-paru
- Perut
- Hempedal
- Buah pinggang
- Jantung
- Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
- Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul-Nya saja yang mengetahui dengan tepat. Waallahualam...

Thursday, 16 March 2017

Beras Melembutkan Babat


Babat atau kebanyakkan orang menyebutnya sebagai perut lembut sangatlah keras dan pejal walaupun dimasak berjam-jam lamanya. Tetapi rasanya sangat sedap bila ianya lembut dan empuk.

Jika anda mahukan babat dimasak dengan cepat, masaklah ia bersama segengam beras. Anda hanya merebusnya dalam masa setengah jam sahaja untuk melembutkan babat.

Wednesday, 15 March 2017

Mengurangkan Bulu Lebat

Bulu lebat di ketiak memang merisaukan, terutama di waktu cuaca panas. Jika anda mahu mengurangkan bulu yang lebat, anda hanya perlu mencari sebiji buah kundur yang sudah masak.

Cara-caranya:

Buah kundur diambil bedak putih yang terdapat diluar kulitnya. Sapukanlah ia pada bahagian ketiak. Amalkan dua atau 3 kali seminggu. Insya_Allah hasilnya pasti membanggakan.


Tuesday, 14 March 2017

Cegah Stretchmark Di Perut


Kata orang pencegahan awal lebih baik daripada rawatan selepas masalah berlaku. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan rekahan namun lebih baik anda mengelakkan ia daripada berlaku.

Antara langkah awal yang boleh mengelakkan daripada berlakunya kesan rekahan adalah:

1.      Kalau merancang untuk hamil, rajin-rajinlah menyapu losyen yang mengandungi minyak zaitun, minyak kelapa atau aloe vera. Tujuan losyen adalah untuk mencegah kulit   daripada kering dan mencegahnya daripada merekah akibat regangan semasa hamil.

2.      Waktu paling baik menyapu losyen iaitu selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat dan sentiasa lembap.

3.      Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit kering. Banyakkan minum air mineral yang boleh membantu melembapkan kulit.

4.      Makan banyak buah-buahan, minum air masak, yogurt dan susu segar bagi memastikan badan sentiasa cukup bekalan air..

Monday, 13 March 2017

Petua Mencegah Cacing Kerawit

Biasanya kanak-kanak berusia 3 hingga 4 tahun akan dijangkiti cacing kerawit. Bahagian duburnya terasa gatal dan keluar cacing. Setengahnya merasa ketakutan ketika hendak berak kerana keluar cacing yang besar dan panjang. Pesakit tidak berselera makan dan selalu menangis. Badanya kurus, lemah dan wajah mukanya pucat. Daun Jarak Pagar merupakan tumbuhan alam yang boleh mencegah masalah cacing kerawit.

Cara-caranya ialah:

Beberapa helai daun jarak pagar dan dipanggang sehingga rapuh. Kemudian ramas-ramas dan direbus sehingga mendidih. Setelah panas suam, berilah minum untuk kanak-kanak itu. Bila dia membuang air besar, semua cacing kerawit akan keluar berserta sarangnya.

Tanda-tanda jangkitan cacing pada kanak-kanak:
♥Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis

♥Alahan kulit yang teruk → bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam

♥Gatal sekitar lubang najis (dubur)

♥Alahan terhadap makanan Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit

♥Anemia → kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)

♥Keletihan luar biasa→ lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam, tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada, mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)

♥Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata

♥Hiperaktif

♥Sakit kepala

♥Sensitif terhadap cahaya

♥Gusi & hidung berdarah

♥Batuk-batuk teruk yang berpanjangan

♥Batuk berdarah, asthma

♥Kurang selera makan

♥Abdomen yang kembung

Cacing-cacing ini akan mengambil zat nutrien makanan yang di serap ketika makan dan menyebabkan tubuh kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan.

Inilah yang menyebabkan kanak-kanak cepat menjadi penat dan perkembangan fizikal mereka terganggu.

Sunday, 12 March 2017

Petua Putihkan Ketiak dan Hilangkan Bau Badan


Antara cara-caranya untuk mengembalikan keputihan ketiak seperti sediakala:

1. Ambil secubit (menggunakan 3 jari) kapur makan, kemudian campurkan dengan sedikit air perahan limau nipis, dan sapukan ke bahagian ketiak yang hitam tersebut. Seeloknya semasa mandi. Dengan membasahkannya bahagian ketiak dahulu. Kemudian gosok ketiak, seeloknya gosokkan ketiak anda dengan kepala lutut. Dengan cara ini, ketiak anda akan cepat bersih dan saki baki daki akan tanggal dengan mudah. Anda akan merasa sedikit pedih/panas, namun tidak sampai memudaratkan kesihatan kulit anda. Amalkan sekerap mungkin iaitu 2 kali seminggu semasa mandi. Sehingga ia putih seperti sediakala.

Kapur makan ini bukan sahaja akan memutihkan bahagian ketiak, namun ia juga mampu menghilangkan bau badan dan lebih mudah menanggalkan bulu ketiak iaitu dengan hanya menariknya dengan tangan. InsyaAllah.

2. Cuci ketiak anda dengan parutan lemon dan timun selama 15-20 minit sehari, setelah itu basuh bersih dengan menggunakan air suam.

3. Gunakan TAWAS bercampur air suam sedikit, kemudian gosokkan ketiak dengan menggunakan span ataupun kapas. 


Saturday, 11 March 2017

Petua Menghilangkan Parut Jerawat



Kayu manis tersebut hendaklah di tumbuk halus sehingga menjadi serbuk. 

Serbuk tersebut kemudiannya disapukan ke muka. 

Biarkan sehingga 5 hingga 30 minit. 

Kemudian bilas dengan air. 

Amalkan 2 kali atau 3 kali sehari. 

Insha-Allah parut dan kesan hitam akan hilang. 

* Kayu manis bukan sahaja dapat menanggalkan parut jerawat malah parut lain juga. Untuk medapatkan hasil yang lebih ketara, amalkan sekerap yang mungkin. 


Friday, 10 March 2017

Petua Membuat Masker Untuk PELEMBAB MUKA


Bahan²:
2 sudu madu
1 sudu susu serbuk (cth ducthlady, dugro)

Cara Membuat:

Campurkan madu dan serbuk susu itu dan gaulkan. 

Ratakan secara merata pada wajah dan leher.

Biarkan selama 10 minit, lalu bilas dengan air suam.

Amalkan 2 kali seminggu. 

Thursday, 9 March 2017

Petua Menghilangkan Tahi Lalat



Caranya ialah dengan mengambil nenas dan limau purut [bersama kulit atau tidak] yang telah dikisar (tidak terlalu larut).

Sapukan di tempat tumbuhnya tahi lalat tersebut.

Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri. 

Amalkannya selalu.

Insha-allah akan mendapat hasilnya. 

Selamat mencuba!! 


Wednesday, 8 March 2017

Awet Muda Durian Belanda



Pokok durian belanda banyak ditanam di Amerika Selatan, Hindia Barat dan Bahama. Buah sukulen ini boleh dimakan mentah atau dibuat jus.  Rasanya yang masam manis menjadikan durian belanda buah atau jus yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca tropika yang panas di negara kita.

Satu kelebihan buah durian belanda dari segi pemakanan ialah kandungan seratnya yang tinggi. Hidangan 1 cawan durian belanda membekalkan 7 gram serat. Ini bersamaan 1/3 serat yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, anda boleh memasukkan durian belanda dalam senarai bahan keperluan apabila anda membeli-belah. Satu cawan durian belanda membekalkan lebih 600mg kalium, iaitu zat galian yang mengimbangkan kenaikan tekanan darah disebabkan natrium. Kalium juga membantu mencegah kekejangan otot, dan kerana itu juga ianya baik untuk dijadikan snek sebelum bersenam bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Hidangan secawan durian belanda membekalkan separuh (50%) daripada pengambilan vitamin C yang disyorkan untuk orang dewasa.  Pengambilan vitamin C secukupnya dalam diet membantu pengeluaran kolagen kulit bagi mengekalkan keanjalan kulit.  Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah durian belanda adalah cara semula jadi untuk awet muda.

 Idea untuk jus --->>> Isi durian belanda + buah belimbing + pear Cina


Tuesday, 7 March 2017

Petua Mengubat Penyakit Gastrik Dengan Kunyit Hidup



Dapatkan seketul kunyit hidup. 

Bersihkan kunyit dan parut atau kisar. 

Campurkan dengan sedikit air masak dan tapis ambil airnya. 

Masukkan sedikit madu dan jika suka masukkan sebiji telur kuning. 

Minum campuran ini bila terasa sakit. 


Monday, 6 March 2017

Petua Mengurangkan Bengkak di Kaki


Sebelum tidur, sapu bahagian kaki yang bengkak dengan minyak angin. 

Kemudian ambil 2 helai daun tembaga suasa, layurkan atas api kecil hingga bergetah dan tekap pada bahagian kaki yang bengkak. 

Biarkan semalaman. 
Mudah-mudahan bengkak akan lega. 


Sunday, 5 March 2017

Petua untuk membuang jeragat dari muka




Kisar timun bersama air (agak² muat penuh botol). Kalau botol kecil, timun boleh dipotong 2. 

Tapis timun yang sudah siap dikisar tadi.

Selesai ditapis, letak limau nipis (khas untuk mereka yang mempunyai jeragat).

Untuk kulit yang normal, cukup sekadar timun sahaja tanpa limau nipis.

Nak best lagi, letak dlm peti sejuk. Nanti spray memang rasa segar.

Semoga bermanfaat buat anda...


Saturday, 4 March 2017

Petua Menghalau Kelawar



Kalau ikut petua lama, untuk menghalau kelawar yang banyak terdapat di 

kawasan rumah ialah dengan membakar belerang. Bakar belerang tu sehingga

mengeluarkan bau busuk. InsyaAllah tak lama lepas tu kelawar-kelawar 

tersebut akan bertempiaran lari. 

Thursday, 2 March 2017

Petua Membersihkan Siput Sedut



Ambil satu bekas hampas kelapa dan gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu.

Biarkan semalaman.

Keesokkan harinya, mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak.

Bau lumpur akan hilang dari siput dan rasa lemaknya juga akan bertambah apabila dimasak. 


Petua Menghindarkan Lipas



Jangan kata anda tidak pernah 'terserempak' serangga ini di mana-mana ruang dalam rumah. Kehadirannya perlu dibenteras awal. Cara mudah menghindari lipas di dalam kabinet atau mana-mana ruang tersembunyi yang mungkin menjadi tempat kegemaran lipas. 

1. Carikkan beberapa helai daun pandan dan letakkan dalam kabinet dapur atau almari, laci dan sbgainya. 

2. Racik daun pandan menjadi bunga rampai dan letakkan ke dalam almari pakaian.

3. Bukan sahaja almari tidak dikunjungi lipas malah pandan mampu mengharumkan kabinet atau almari anda itu. 


Wednesday, 1 March 2017

Petua Untuk Mencantikan Wajah


1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari.

2. Giling cekur sampai lumat.

3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk.

4. Sapukan campuran tersebut ke muka anda.

5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit.

6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran.

7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam.

8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.


Monday, 27 February 2017

Petua Untuk Mengempiskan Perut Buncit



Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya. Kapur dan limau dicampur dan digaul hingga sebati. Sapukan di sekeliling perut sebelum masuk tidur. Biarkan ia kering sehingga pagi.


Saturday, 25 February 2017

Petua Mengawal Kencing Manis


Petua Untuk Mengawal Kencing Manis

Rebus daun Lidah Ayam selama 20 minit. Apabila sudah suam, minum air rebusannya. Amalkan seminggu 2 kali...

Petua Hilangkan Nafas / Mulut Berbau



Anda menghadapi masalah mulut berbau / nafas berbau ? Perkara ini memang membuatkan kita berasa malu unuk bercakap dengan orang ramai. Cubalah amalkan mana-mana petua mudah di bawah ini, insyaAllah dapat mengatasi masalah mulut berbau / nafas berbau dengan berkesan.

1) Ambil anggaran 15 helai pucuk jambu batu atau daun yang muda. Tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam gelas yang berisi separu air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

2) Ambil 3 batang serai wangi dan 3 biji kulit limau kasturi. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga 3/4 tinggi periuk Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarka sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak 2-3 kali sehari. Amalkan selalu.

3)Rendam beberapa helai daun sirih dalam air suam seama 5 minit. Minum air tersebut. Amalkan setiap hari.

4) Ambil beberapa helai daun sirih. Ramas hingga keluar jusnya. Masukkan ke dalam air kosong dan kacau hingga sebati. Tapis dan minum. Amalkan setiap hari.

5)Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan masukkan ke dalam segelas air suam. Biarkan selama 5 minit dan kumur dengan air itu. Amalakan 2 kali sehari setiap hari.

6)Kunyah sebatang kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Telan airnya, hampasnya dibuang. Amalkan setiap malam.