Wednesday, 5 June 2019

Tebu Hitam

Akar pokok tebu hitam direbus bersama dengan batangnya.4
Air rebusan ini diminum pada waktu pagi dan malam untuk meredakan jantung berdebar.

Menurunkan kadar kolestrol terutamanya dijantung dan darah dalam badan Ia juga dapat menaikkan tekanan darah rendah. 

Batang tebu hitam diperah dan ambil airnya diminum.

Tebu hitam juga bersifat panas dan basah mahupun meredakan batuk dan membersihkan lendir jika diproses dengan membuang hampasnya.

Tebu hitam yang dibakar dan perah airnya boleh membuang gangguan tekak, dada dan merawat batuk.

Minum air rebusan tebu ini dua kali sehari pagi dan malam.  Diminum sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur malam.

Untuk mendapatkan hasil yang mujarab amalkan meminum rebusan tebu hitam ini selama sebulan...

Selamat Menchoba...
Kredit ->> https://t.me/PetuaDanKesihatan

Tuesday, 4 June 2019




Selamat Menchoba...
Kredit ->> https://t.me/PetuaDanKesihatan

Monday, 3 June 2019

JINTAN HITAM

Hancurkan batu karang yang terbentuk dan menyumbat kedua ginjal dan saluran kencing.  Ditumbuk halus lalu diadunkan dengan campuran madu, kemudian minum dengan air panas.

Mengubati kulit bersisik dan ketuat. Dibuat minyak.

Menyembuhkan dan mengatasi derita selsema ditumbuk halus di bungkus di dalam potongan kain kemudian dihidu pesakit selesema.

Mengatasi Sesak nafas di minum jintan hitam dengan air.

Menghilangkan gejala-gejala awal munculnya air di mata dititiskan ke hidung pesakit dalam bentuk serbuk.

Dibuat tampalan dengan campuran cuka merawat jerawat dan kudis yang sudah bernanah,  juga melebur tumor-tumor angkut serta tumor-tumor kritikal.

Menyembuh kusta, sejenis penyakit kulit dan kepala yang berkelemumur ditumbuk jintan hitam dengan cuka lalu disapukan pada bahagian tubuh.                    

Selamat Menchoba...
Kredit ->> https://t.me/PetuaDanKesihatan

Sunday, 2 June 2019

Hilangkan sakit kepala tanpa ubat tahan sakit

🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱🌱

Ubat tahan sakit bukan cara yang terbaik untuk menghilangkan sakit kepala
Sumber: Asyraf Roslan Astro Awani


😫SAKIT kepala atau migrain bukan sesuatu yang menyenangkan. Bukan sahaja ia boleh menganggu tugas seharian, malah boleh membuatkan kita hilang selera makan dan juga meningkatkan tekanan.

💆Selalunya apabila mengalami sakit kepala atau migrain, benda pertama yang selalunya kita cari ialah ubat tahan sakit.💊

💡Namun tahukah anda, sakit kepala yang ringan boleh dikurangkan tanpa ubat tahan sakit?

Ini lima petua alternatif untuk mengurangkan gejala sakit kepala:


💜Limau Kasturi💜

Ini merupakan petua orang lama. Apa yang anda perlu lakukan ialah ambil limau kasturi yang sudah dibelah dah perahkan limau tersebut di atas kepala sambil meramasnya.

Kemudian kulit limau kasturi yang telah diperah itu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi air bersih dan direndam buat seketika.

Kemudian tuangkan air itu ke atas kepala dan badan selepas selesai meramas air perahan limau tersebut.


💙Ais💙

Ais juga boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala. Anda hanya perlu gunakan pek ais atau sekiranya tiada, gunakan sahaja ais yang dibalut dengan kain, dan anda gosokkan di leher dan kepala anda untuk merehatkan ketegangan di kepala anda.

💚Rehatkan Diri💚

Kalau anda rasa stres semasa kerja , apa kata anda rehatkan diri dahulu. Berehat lima ke 15 minit, ambil masa ini untuk minum air atau dengar lagu-lagu yang boleh membuat minda anda berehat seketika. Atau ambil masa selama 30 minit untuk tidur seketika, walaupun hanya 30 minit ia mampu memberikan kesegaran kepada badan anda dan bekerja seperti biasa.


💛Rendam kaki dalam air panas💛

Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.

Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar!

❤Kurangkan MSG❤

Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron. Jadi kurangkan pengambilan MSG  dalam makanan juga mampu mengelakkan anda dari sakit kepala dan migrane .


☝Jangan lupa juga untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan minum air masak mengikut keperluan badan anda setiap hari.

Ini merupakan cadangan kepada anda untuk mengurangkan sakit kepala atau migrane, tetapi sekiranya sakit kepala anda masih lagi teruk , jangan lupa untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat dari mereka.

Selamat Mencuba🌹
Kredit ->> https://t.me/PetuaDanKesihatan

Saturday, 1 June 2019

Cara Mudah hilangkan Dakwat Pen Yang Terkena Pada Baju

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Kapur Sirih
2. Garam halus
3. Cuka


Cara-caranya:

1. Satukan sedikit kapur sirih, garam halus dan cuka

2. Sapukan pada bahaguan yang terkena dakwat

3. Berus atau gosok perlahan-lahan lalu bilas dengan air bersih

4. Ulang langkah ketiga beberapa kali sehingga kesan dakwat itu hilang

Selamat mencuba!